Monday, 12 December 2011

Cinta 'FACEBOOK'


Asalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera
semua teman-temanku yang sedang membaca blog aku ini. Cerita yang aku nak sampaikan ialah sebuah pengalaman aku tentang 'Cinta Facebook'

Ianya bermula daripada laman web sosial iaitu 'facebook'. Aku rasa pelik gila,tapi dah cinta nak buat macam mana.

                      Aku bagaikan budak bodoh tahap tinggi waktu mula mengaktifkan akaun 'facebook' mana taknya semua orang aku 'add'. Setiap orang yang aku 'add' ada kawan rapat aku jadi aku 'add' je lah.Satu hari itu,ada seorang gadis tanya aku dalam 'facebook',siapa awak ni? Aku pun cakap lah nama aku.Dia tak kenal aku,akyu kenal dia tapi tak pasti tingatan berapa. Budak sekolah aku juga,tak apa lah.
                     
                    Macam takdir pula! Boleh berjumpa dekat makmal sekolah. Masa itu aku tengah buka 'faebook', aku panggil dia dan cakap aku lah budak yang dia tanya dalam 'facebook' tu. Pergh!!! Buat terkejut beruk la dia. Yela, akukan ramai peminat.huhuhuhu... Masa itu kelas dia punya waktu jadi dia selamba halau aku dan cakap nak tengok bukan-bukan.Tak ke gila?? Harap muka je cantik, otak tak menahan.
                      
                    Dipendekan cerita, Aku dengan dia pun  berkawanlah. Boleh tahan kawan dengan dia, Ehh lupa Nama dia Hannah Sabrina. Sebenarnya dia ada pakwe... sedihlah pula! Memanglah muka cantik gila! Perwatakan dia hebat je. Hebatlah! Sememangnya hebat wa cakap sama lu.
                     
                      Tiba-tiba takdir berpihak padaku. Cewahh!! Dia berpisah pulak dengan pakwe dia! Aku pun ape lagi, Melombat sakan aku sampai tak ingat dunia hihihi!! Gila cinta lah katakan. Aku dengar pakwe dia main kayu tiga ibarat macam pokok bunga terbelah dua. Tapi tak boleh lawan aku. Bila bercinta dengan aku mesti macam pinang di belah dua kan?? hohohoho..(ketawa jahat kembali lagi).

                       Peluang untuk aku memdekatinya semakin cerah. Dia ajak aku jadi pakwe dia sebab dia kata aku lah yang buat dia gembira disaat dia sedih, Cewahh!!

                       Masa perhimpunan setiap pagi dia pandang aku,senyum dekat aku, bagi isyarat cinta dekat aku. Berdaun-daun hatiku.Satu sekolah cakap aku ni pakwe dia. Aku memang pakwe dia lah! Nasib baik dia tak marah just geram je hihihi... Hari hari terbaik semestinya disisi oleh percintaan monyet dua ekor. Monyet ke? Tetapi biasalah..monyet pun pandai bercinta siap boleh jadi 'playboy dan 'playgirl' Nasib baik dia tak macam tu.. Sampai sekarang kami masih 'couple'.

                       Pengajaran yang dselitkan ialah..jangan jadi macam aku bercinta time masih berlajar. Lagi-lagi pelajar sekolah la. Kalau ditinggalkan boleh gembira tak apa juga, memangtabik la. Apapun, jodoh, rezeki, dan maut di tangan Allah. Renunkanlah!!

               


Wednesday, 16 November 2011

Cuti Sekolah Kembali Lagi

 Selamat datang cuti sekolah
hari yang dinanti seluruh kanak-kanak.

 Apa khabar semua?
Apa candangan korang semasa cuti sekolah ini?
Mesti korang ada merancang sesuatu pada cuti sekolah ini
bersama keluarga mahupun teman-teman korang kan?

Cuti kali ini aku dan keluarga mahu bercuti di Sabah.
Orang kata kat Sabah Best??
Apa yang best kat Sabah ni..Jom kita pergi baru tahu
ops aku je pergi :) tak pe nanti aku kongsikan pengalaman
aku kat korang semua.
Tak Sabah nk pergi hihi.

Aku Harap cuti kali ini paling best daripada
cuti-cuti sebelum ini dan time cuti ini
jagalah keselamatan korang semua..

SELAMAT BERCUTI feat. HAPPY HOLIDAYS

Monday, 31 October 2011

Hatiku Gelisah TanpaMu

Hai semua,kamu semua apa khabar?
aku harap kamu semua khabar baik saje..
Dah lama jugak aku tak update..
kesian blog ni^_^

Kali ini aku nak kongsi cerita kat korang semua,
aku harap korang sudi membacanya.
Cerita ini pernah berlaku pada diriku sebelum ini.

Pada suatu hari dia telefon aku
aku pun angkat time tu tengah hari
dia suruh aku topup kredit
aku pun kata kat dia OK
nanti petang sikit saya topup
Lepas dia habis telefon aku tertidur
hingga ke sebelum magrib
lepas bangun je aku teringat dia suruh topup
time tu plak hujan selebat lebatnya
aku pun bingung tak tau nak buat apa.

Lepas Magrib dia call aku
dia cakap kenapa tak telefon lagi
rupanya dia dah lama tunggu aku call dia
aku pun cakaplah aku lupa nak beli
sebab hujan pastu dia kata
"kalau awak sygkan saya awk ingatkan saya"
dia pun merajuk
aku dah cuba pujuk dia
tapi dia tetap marah kat aku
memang salah aku pun sebelum ini pun aku
pernah terlupa lagi mungkin sebab aku ini
kuat berjanji tapi tak perah tepati janji
mungkin dia dah tak percaya aku lagi

Lepas kejadian tu aku mula susah nk bernafas
sebab aku memikirkannya selepas dia
putuskan talian time tu aku mula
tak tentu arah aku mula gelisah
aku pun tak tidor malam...

Masa itu aku macam nak gila dah
ada gak aku menagis hihi
tapi semua tu buka kehendak aku
mungkin ALLAH nak uji aku

Siang malam aku memikirkanya tanpa henti
aku takut kehingannya kerna aku sungguh mencintainya
walau bagaimana pun aku tak putus berdoa agar
hatinya lembut dan hatinya terbuka untuk memaafkan aku
emmm

Sebenarnya sampai sekarang dia belum call call aku lagi
kejadian ini berlaku 2 hari lepas..
aku menyesal sekarang..
Tapi nak menyesal pun dah tak berguna
benda sudah berlaku..

Ok lah korang sampai sini je cerita yang
aku nk kongsi kat korang semua
aku harap korang semua jangan jadi
macam aku ye..

See u all next time


Saturday, 8 October 2011

Peperiksaan Akhir Tahun Hampir Tiba


Alamak! ! !
exam dah nak dekat  macm mane ni...
ape yang aku nak jwb
dah lee aku lemah sejarah....
cikgu BM pulak kata kalau tak
capai target cikgu akan tulis besar-besar kat paper
! !MEMANG BAGANG! !
aduh stress aku macm nie..
emm aku mesti leh jwb
u'can do it khai
never give up
aku hrus stady untk mcapai matlamt
hidupku....AMIN

 

Monday, 19 September 2011

Ayat Cinta Monyet Zaman Remajaku

Selamat Sejahtera semua
apa khabr chat??semoga chat selalu lah yee..
Khai ingin menceritakan tentang cinta monyet Khai..
Dulu khai suka pada seseorang tu..khai pernah nak jumpa dia untuk terus terang tapi khai malu hehe..lepas tu Khai buat satu ayat cinta hehe untuk gadis tu..
but khai punya ayat tak macm ayat tapi macam karangan cinta huhu..
Korang semua mesti nak tengok macm mana Khai punya ayat tu kan..
Okey khai akan tunjukan hehe

..............................

Khas buatMU:
SaatKu kesedihan tiada sesiapa yang mengembirakanKu,saatKu dalam kegelapan tiada yang memberiKu cahaya,saatKu dalam kesusahan tiada siapa yang menolongKu,saatKu keseorangan tiada siapa menemaniKu.Ku ibarat seperti burung yang terkurung dalam sangka,selamaKu di dalam sangka Ku tak pernah merasa kebebasan ku ingin menjadi seperti burung yang bebas,boleh bebas di udara yang luas.Bukan sahaja Ku ibarat burung yang terkurung di dalam sangka,tapi Ku juga seperti terkurung di dalam sebuah gua yang gelap gelita,saat itu tiada siapa yang memberi cahaya sinar yang memberi cahaya pertunjuk untuk ku keluar dari kegelapan.
TAPI semenjak kau hadir dalam hidupKu,hidupKu berubah seperti kau yang memberi sinar cahaya yang terang untuk Ku teruskan  kehidupanku ini.Semenjak itu juga kau yang mengembirakanKu saat Ku kesedihan,kau juga memberiKu cahaya saat Ku dalam kegelapan dan kau yang membuatKu tidak kesunyian lagi kerna kau telah hadir dalam hidupku sebab itu Ku tidak kesunyian lagi.Kau seperti puteri langgit yang mambuka pintu sangka untuk membebaskan ku dan kau ingin ku bebas untuk mencari cinta yang selama ini ku mencarinya.Akhirnya Ku menemui cinta itu,rupanya cinta itu tidak jauh,kerna cinta yang ku cari selama ini ada di hadapanKu.Kau lah yang ilhamkan kebahagian semenjak kau hadir di hatiKu.
Mata ini indah melihatmu,rasa ini rasakan cinta mu,jiwa ini getar kan jiwamu.Dan biarkan ku padamu menyimpan sejuta harapan cinta padamu,rasa ini terus padamu tak akan behenti selagiku mati.
Ku ada sesuatu buatmu:
Cinta ibarat sungai nil dan mesir...
Sungai nil itu telah kering...
Titisan air mata dan titisan darah...
Menunjukkan betapa cinta yang mendalam..
cinta mudah datang.cinta mudah pergi..
hadir hanya sekali..cinta pertama dsanjungi..
patah hati menangis lagi..tiba cinta tersenyum kembali
rasa sepi tanpa suaramu,
rasa rindu tanpa tawamu,
rasa kasih tanpa bertemu,
itu tanda dikau sentiasa dihatiku...
biar rindu asal tak jemu,
biar kasih asal tak sedih,
biar cinta asal tak tersiksa, 
biar sayang asal tak hilang, 
biar berjauhan asal hati x berubah,
biar tak jumpe asal hati tak lupa..

cinta ibarat kupu2. makin kau kejar, makin ia menghindar. tapi bila kau biarkan terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduganya. cinta itu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, dan istimewa bila kau berikan pada seseorang yg layak menerima. jadi tenang2 saja, jgn terburu2 dan pilihlah yang terbaik ye..........HARAP AWAK SUDI DAN LAU TAK IT’S OKEY LA...CINTA TAK LEH PAKSAKAN...

 ......................

macam mana panjangkan hehe  malu pulak khai huhu..
kejap ye Khai ada satu Lagi hehe
......................

Penderitaan menuggu cinta mu terasa sangat pedih,namun penderitaan itu membuat ku lebih kuat untuk menunggu cinta mu dan menerima ku dengan hati yang ikhlas.Hari demi hari mahupun sesaat ku tetap menggingati mu dalam hatiku.
Semenjak kau hadir dalam hatiku,ku mula merinduimu dan ku mula membayangkan wajahmu dalam fikiranku tak kira dimana jua,mahupun setiap malam.Setiap malam ku bedoa agar ku dapat mencintai dirimu dan dapat memilikimu hingga ke akhir hayat bersama kamu yang q cintai.Kau yang ilham kan bahagia hinggaku rasa keindahan yang menerangi hatiku.
Dan setiap malam aku berdoa agar tuhan dapat membuka pintu hatimu untuk menerimaku dengan seadanya,dan ku harap kau  akan menerima ku dengan cinta bukannya paksaan,seperti ku kata ku amat inginkan keindahan cinta seperti cahaya syurga yang memberi ku laluan untuk mandapatkan cinta mu...
Kau juga ku anggap sebagai bulan yang selalu meneranggi malam yang gelap gelita, aq juga menganggap kau sebagai bintang yang bersinar dimataku,seperti ku memandang wajahmu yang membuat ku selalu menggingati senyuman mu..
Cinta pada mu membuat ku hanyut dibawa arus yang deras mahupun yang tenang.Cinta mu juga menyusup hatiku hingga ku terjatuh dalam harapan mu.Jikalau kau menerima ku akan ku menjaga mu seperti ku jaga nyawa ku...dan ku akan selalu menyayangi dirimu seperti mana ku menyayangi diriku...ku ingin setia pada mu,dan ku tak akan menyakiti mu dan ku ingin menjaga mu sepenuh hatiku dan jiwa ku
Bila ku dalam kegelapan kau datang menyuluh sinar petunjuk,bila kau dalam kesedihan akan ku ukir dengan senyuman......Untuk dirimu akan ku berikan hidupku pada mu..akan ku berikan cinta yang suci agar ku dapat mnjaga cnta mu sepenuh hati ku..Kalau boleh ku belah hatiku akanku tunjukan cintaku padamu..agar cinta kita akan abadi buat selamanya..
Aku terus berlari dan berlari untuk mengejar cintamu walaupun aku tejatuh namun ku akan terus berlari untuk terus mendapatkan cinta mu kerana aku tahu diri mu akan membahagiakan hidup ku..walaupun cinta itu semakin jauh aku akan terus berlari untuk mendekati cinta mu..
Emmm..sudi tak kau menerima ku dengan seadanya?????ku harap kau sudi..n_n...aku tulis ni khas untuk mu tak pernah lagi ada wanita yang pernah ku temui selain dirimu dan belum penah lagi ada perempuan yang dapat ayat dengan penuh jiwa ni...beri lah ku peluang sekali untuk mencintaimu..ku janji takan ku mempemainkan hatimu...izinkan ku mengambil cintamu....telah lama ku pendamkan cinta ku kepada diri mu..kini ku luah kan perasaan ku pada muuuu.......harap kau sudi menerima ku....ku akan tunggu cinta mu sampai bila bila......ku tak akan putus asa menunggu untuk kau menerima ku....kalau kau memilih paras rupa aku tak tahu lah.....tapi aku harap kau memilih dari hati ke hati bukanya paras rupa kerana itu bukan nya cinta tapi mainan dunia.........semoga kau menerima ku...>>dari saya<< dalam hidup hanya satu pekara yang saya lakukan  iaitu terbaek wok..............................................................kulit kerang kulit biawak i cakap terus terang pada awak,saya suka awakkkkkkkkkkkkkkkkk........ love is cinta,e-guana is biawak,i Cuma nak tanya,i suka awak.....

Ku Hanya Menunggu jawapan dariMu…Sekiranya Kamu tidak dapat menerimaKu,Aku redar dan akan terima segala jawapan dari mu.Harap dapat beri jawapannya.

 ..............................................

Wahhh romantik tak hehehe...mesti korang copy and paste huhu
ape2 pun korang comentt lah yeee....oklah sampai sini je Khai nak cerita kat korang semua..

....Asalamualaikum WBT....
                                                                                                                                                                     







Sunday, 4 September 2011

Suasana Hari Raya Di Kampung

Ini keluargaku..taun ini tema kami hijau kekuningan

Ini pulak sesi meminta maaf :)

Ini  pulak sesi b'gambar dengan saudara mara

Ini plak mak saudara aku(Mak ngah,Mak cik,Mak Ode,dan Mak teh)

Bergambar sebelum nak balik rumah masing2

Ini aku dan sepupu aku Naim

Sory lah aku lambat nk upload gmbr ni sebab seblm ni takde mase :)..Apapun kami semua ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Friday, 2 September 2011

RAYA YANG TIADA MAKNA

Hari raya ini aku rasa tiaa makna bagiku..aku pun tak  yau kenapa ,aku rasa raya aku kosong macam hari biasa...aku tengok kawan kawanaku semua jalan raya...aku just tengok jee..Ada juga aku jalan but hanya raya pertama dan raya kedua tu je,hari yang lain aku duk rumah laya orang datang kat umah je.Aku teringin jalan sampai raya ke-7 tapi apa boleh buat ada masalah kann sabar je lah.Aku bosan duk kat rumah jee.Apa boleh buat dah dugaan redha jee lah..Ok lah ini je aku nak tulis kat blog ni..Sebelum tu aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Sunday, 31 July 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


Asalamualaikum W.B.T

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua rakyat Malaysia. Kami di apesal.com, ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Menyambut bulan Ramadhan 2011 ini.Semoga di bulan Ramadhan ini, kita terus dikurniakan kesihatan yang baik dan dilimpahi rezeki yang diredhainya. Insyaallah.Mari kita semua buat amalan baik pada bulan yang baik ini semoga kita dapat tambahkan lagi pahala kita semua.Ohye sapa yang puasa penuh jangan luoa minta duit raya pada ayah dan ibu :-).


Saya ingin mengucapkan Selamat Jalan kepada Syaitan hehe

Friday, 15 July 2011

Teknik Belajar Berkesan

Kita semua tahu tahun ini adalah tahun bagi mereka yang nak menghadapi peperiksaan yang penting contohnya PMR dan SPM.Bagi mereka yang nak ambil peperiksaan saya ada benda ingin kongsi dengan kamu semua yang ambil peperiksaan.

Teknik belajar secara pembayang
Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.
Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.
Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.
Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.
Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.
Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalakan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.


                                Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang
  1. Masa sebelum tidur -  masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
  2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
  3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
  4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
  5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
  6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
  7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
  8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
  9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
  10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
  11. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
  12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
  13. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
  14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
  15. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
  16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
  17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
  18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
  19. Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
  20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)

Thursday, 30 June 2011

Hai Semua...
Hari ini hari yang paling tidak bernasib baik bagiku,ada sahaja berita tidak baik.Pada mulanya Kakak sepupuku kena langgar dengan motor,agak parah juga le..Pada hari yang sama pulak ayah ku sakit jantung emm aku mulai risau.Aku harap ayah aku tidak ada apa-apa AMIN.I hope anyone who read this blog please pray for my father and sister cousin may heal faster

Wednesday, 29 June 2011

Luahan Hatiku

Asalamualaikum.
Semenjak aku pindah di Melaka,hidupku berubah tidak seperti dulu lagi,diriku menjadi pendiam.Pada mulanya aku sangat genbira dapat pindah balik tempat asalku,tapi sebenarnya tidak..aku pun tak tau kenapa..Kawan-kawan disini jauh perbezaan tidak sama macam kawan-kawanku di Sabah.Kawan di sini agak kurang ajar sikit dari segi pecakapan,suka gurau kasar,tapi di Sabah tak mereka sangat spoting.Pada hari perpisahan aku berasa sangat berat hati ingin pergi meninggalkan sahabat-sahabatku.Baru kini ku tahu kawan adalah segalanya.Aku sangat merindui suasana seperti dulu lagi.Apakah daya ini semua ketentuan ilahi,aku harus menerima dengan hati yang terbuka walaupun aku berasa berat hati.Mana tahu suatu hari nanti aku akan berjumpa lagi dengan mereka kan??emm Walau macam manapun aku harus terus dengan kehidupan aku demi masa depan aku.Okey lah just ini je aku nak luahkan apa yang tersimpan di hatiku..emm TeRbAeK WoK..

Tuesday, 21 June 2011

Rinduku dengan Sahabat-sahabatku

                                                                      Asalamualaikum
Hidupku berasa kosong setelah meninggalkan sahabat-sahabatku yang berada di Sabah.Sudah hampir 4 bulan aku berpisah dengan mereka,rasa sunyi pulak bila tidak mendengar suara mereka.Emm boleh dikatakan setiap hari,setiap saat,setiap detik aku mengingati mereka.Setiap kali aku temenung aku berasa sedih kerana mengingati kenangan aku bersama sahabat-sahabatku,semasa gembira,ketawa mahupun semasa sedih.emm kenangan aku besama mereka tak akan aku lupakan begitu sahaja,aku akan simpan di ingatanku sampai bila-bila.Jika aku diberi peluang untuk membuat satu permintaan,aku akan minta untuk putarkan balik masa.Aku harap satu hari nanti aku akan berjumpa balik semua sahabat-sahabatku si sabah..AMiN...oKeylah,sMpai siNi je.Luahan hati aku...

Dalam hidup hanya satu perkara yang aku lakukan iaitu,tErBaEk wOk
asalamualaikum.

Sunday, 19 June 2011

SELAMAT HARI BAPA 2011

Assalamualaikum
Hari ni adalah hari yang istimewa..istimewa buat mereka yang bergelar bapa,abah,papa,abi dan ayah.Pada hari ini,ramai yang meraikan Hari Bapa dengan membawa bapa atau ayah membeli-belah,makan-makan dan sebagainya.Walaubagaimana pun cara sekali kita sambut,yang paling penting kita menghargai bapa kita.Sedar tak sedar bapa atau ayah memang banyak bertungkus-lumus semasa membesarkan kita.Pengorbanan seorang bapa memang tiada tandingannya.

Gambar Dari Google
Di sini juga,saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada semua bapa,ayah,papa,abi dan abah.Saya ada puisi untuk ayah....
Pagi ini suluh mentari menghantar pulang
Jejak sepatuku masih ada debu kota meminggir
Diasak embun desa termanggu di halaman
Seratus langkahku menghampiri anak tangga usang
Rumah papan atap rumbia menyentak perantau
Sepi di beranda…
Kuatur langkahku sebak
Syahdu dan gementar
Ada tangisan di wajah
Menyentuh kenangan di gerbang pintu
Ayah selalu berkisah
Kuakan pintu itu ada nasihat
Masih basah keringat
Memantul warna senja kepulanganmu
Tanpa sungutan
Cepat benar masa berlalu
Waktu ayah menyambutku pulang
Usiamu diterjah putih kelabu
Ada perit getir di wajahmu
Kedut yang membungkus wajahmu
Mengasak kudrat ke telapak kesat tanganmu
Sering dahulu memeluk kami sebelum ke sekolah
Menghantar seribu luka di tumitmu
Dulunya menguak rahsia jalan
Aku menyambut memapah tubuh gementarmu
Kulihat dengan genang air mata
Sejuk dahiku kau kucup penuh restu
Sepohon pokok rendang tua
Ayah duduk memerhatikanku yang sudah dewasa
Membawaku ke sisi dan bercerita lagi kepadaku
Tentang kerinduan yang pernah ada dalam rumah
Tentang kasihan ibu kepada kami
Kata ayah “ibumu selalu sabar
Memahat senyuman pada dedaun padi
Yang menjadi alas kehidupan”
Ayah,
Seperti ibu yang selalu menangis gementar
Memanjat harapan ke hadirat-Nya
Anak-anakmu juga tidak dapat membezakan
Di antara turun hujan dan air matamu
Waktu ayah menghambakan hayat
Menyuah seluruh nafasmu ke bendang
Antara tergesa-gesa dan mengah
Dalam cahaya senja
Ayah,
Anak-anakmu yang sudah dewasa ini
Sesal dan terharu
Bagai kehilangan kuasa lidah
Sekalipun untuk mahu memohon maaf
Atau….
Berbicara tentang cinta dan kasih sayangmu
Yang waktu kecil kami dahulu
Selalu juga gagal …
Gagal kami temui dalam setiap dakapan
Gagal kami hayati dalam setiap bilah rotanmu
Gagal kami dengar dalam setiap doamu
Hanya pelukan yang dapat kami bahasakan
Mengharapkan naluri ayah
bertemu bisik hati kami
Betapa kami….
tidak mampu pun suarakan
saat kami menyusun jari di pangkuan mu
dalam tangisan
Ayah,
Terima kasih kerana airmata mu
Tidak pernah gagal prihatin untuk kami
Terima kasih kerana ingatanmu di hujung rotan
Tidak pernah gagal mengasihani kami
Terima kasih kasih sayangmu yang takjub
Tidak pernah gagal mengingatkan kami dalam hati mu
Terima kasih atas segala susah payah
Tidak pernah gagal memanjatkan doa

Doa ibu membawa ke syurga
Doa ayah jalan ke syurga

Friday, 20 May 2011

Kesuksesan Hidup Dengan kesabaran


Asalamualaikum.
kepada semua yang membaca blog saya ini.Apa khabar kamu semua sihat ke??saya harap kamu semau sihat selalu.Agak lama juga saya tak update blog saya ini sebab belum dapat ilham baru  hehe.Kini blog saya ada nak kongsi pada korang semua tentang kesuksesan hidup dalam kesabaran.Semoga korang semua dapat nilai murni dalam tajuk ni dan dapat tips untuk berjaya.






Tidak ada jalan yang terlalu panjang bagi orang yang melangkah tanpa tergesa-gesa dan tidak ada penghargaan yang tidak dapat diraih bagi orang yang mempersiapkan diri untuk mendapatkannya dengan kesabaran. 


Dalam hidup ini begitu banyak tantangan yang harus dihadapi dengan kesabaran. Bagi mereka yang tidak sabar, maka siap-siap untuk dikecewakan oleh tindakannya itu.
Kesabaran adalah kata yang indah dan mudah diucapkan, tapi ternyata tidak banyak orang yang mampu melakukannya. Dan derajat kesabaran inilah sesungguhnya yang membedakan hidup orang sukses dengan orang gagal dalam aktivitas hidupnya. Termasuk di dalamnya berlaku juga pada dunia kerja di mana pun. Terkait dengan ini, pantas saja seorang bijak pernah mengatakan, "Orang sukses adalah orang yang terus mencoba, meskipun telah mengalami banyak kegagalan. Ia memandang kehidupan sebagai peluang untuk mencapai kesuksesan".
Dengan kata lain, di dunia ini tidak ada sesuatu kesuksesan apa pun yang tidak dapat diraih oleh orang-orang yang mampu mempersiapkan dirinya secara baik untuk mendapatkannya dengan penuh kesabaran. Hal ini dapat kita buktikan dari kisah-kisah atau perjalanan hidup orang sukses. Di sini, dapat dipastikan kita akan menemukan nilai-nilai kesabaran di dalamnya.
Langkah selanjutnya, setelah jiwa sabar itu bersemayam dalam diri dan perilaku Anda, maka langkah sukses itu harus didukung pula dengan apa yang sebenarnya mesti mereka ketahui dan lakukan untuk menjadi sukses. Dalam suatu sumber disebutkan, ada tujuh hal yang dilakukan oleh mereka dalam meraih sukses.
  • Mau mengambil risiko. Orang sukses berupaya untuk mencapai target, melakukan penghematan, membangun relasi dengan banyak orang, dan gesit mencoba sesuatu yang baru guna mengikuti perkembangan zaman. David C. McClelland, seorang guru besar yang mendalami perjalanan orang-orang sukses serta telah melakukan perjalanan ke banyak negara dan melatih pengusaha kecil, menyatakan cara menjadi pengusaha kecil sukses adalah dengan menjadi pengambil risiko moderat; yang mau terus mengambil risiko untuk meraih sukses.
  • Percaya diri dan merasakan bahwa dirinya berbuat sesuatu untuk dunia. Orang sukses memandang sebuah dunia yang besar dan ingin memainkan peranan penting di dalamnya. Mereka tetap bekerja sesuai keterampilan mereka, sambil tetap menyadari bahwa keterampilan inti memberi nilai kepada keterampilan lainnya. Mereka juga sadar, karya terbaik akan menghasilkan kompensasi bagi mereka.
  • Menikmati apa yang sedang mereka lakukan. Orang sukses mampu melihat pekerjaan sebagai kesenangan; mereka memilih bekerja di mana mereka dapat unggul. Orang sukses menyukai tantangan; mereka menikmati pencapaian puncak permainan mereka, apakah di pekerjaan, dll.
  • Menjadi pelajar seumur hidup. Orang sukses menyadari, pendidikan tak pernah berakhir tapi dimulai di setiap tingkatan kehidupan dan terus berlanjut hingga akhir kehidupan. Pendidikan tidak terbatas di ruang kelas; artinya mencoba ide baru, membaca buku, surat kabar, majalah, dan menggunakan Internet merupakan bentuk pendidikan pula. Karena itu, tetaplah mengalir sesuai perubahan ketertarikan dan kemampuan Anda, dan nikmati perubahan. Ini akan membantu Anda tumbuh dan merasakan lebih percaya diri.
  • Berpandangan positif terhadap apa yang dapat dikerjakan. Orang sukses percaya gelas itu setengah penuh dan bukan setengah kosong. Mereka menanamkan semangat pada diri sendiri dan dapat membayangkan diri bagaimana mereka berhasil menyelesaikan suatu tugas sulit atau mencapai penghargaan tertinggi. Orang sukses berbuat bagaikan pelatih bagi orang lain, dengan menyuguhkan pesan-pesan positif dalam kehidupan sehari-hari. Mereka senang melihat orang lain membuat tonggak sejarah dalam kehidupan mereka.
  • Memotivasi diri sendiri. Orang sukses mempunyai banyak cara untuk memotivasi diri sendiri sehingga dapat terus berkarya lebih baik dari yang lain. Ada yang dengan cara melakukan beberapa pekerjaan setiap hari pada bidang berbeda. Seorang pria setengah baya memotivasi dirinya sendiri dengan mencoba mendapatkan lebih banyak uang daripada kakaknya. Seorang wanita berusia 29 tahun menjadi perawat top untuk menunjukkan kepada bekas gurunya bahwa dia memiliki keterampilan dan kecerdasan memadai untuk mencapai profesi itu.
  • Tidak bekerja setengah-setengah. Orang sukses menyelesaikan tugas tidak dengan setengah-setengah. Mereka menggunakan cara kreatif dalam meraih sukses. Meski mungkin membutuhkan waktu lebih lama, mereka akhirnya melampaui garis finis. Mereka manfaatkan waktu dengan baik dalam mensinergikan kemampuan fisik dan mental untuk mencapai sukses.
Akhirnya, sesungguhnya setiap orang berpeluang untuk sukses dalam bidangnya masing-masing, termasuk kita yang sedang berjuang mendapatkan pekerjaan atau sukses dalam usaha. Anda ingin sukses? Maka, tanamkanlah dalam diri Anda nilai-nilai kesabaran dan lakukan kiat-kiat tersebut sebagai realisasi kesabaran Anda.

Tuesday, 17 May 2011

Imbas Kenangan 2010

Jom imbas kembali kenangan yang lalu bersama sahabat sahabatku yang berada di SABAH.


Semasa Waktu Rehat PMR
Sempat Lagi Abg-Abg Nie Main Netbook..Bukan Nak Ulang kaji Untuk Next Page Exam
hehehe




Aktivi Selepas PMR


Yahoooo...Bebas Dari Ancaman Kertas PMR 
hehe



Aktiviti Kerja Amal Dikawasa Perumahan

Habis Calar Kereta Orang
haha
Wah panas nye ariey niry
Hai bang takan pegang je,tanam lah hehe
Gadis-Gadis melayu yang malas nak tolong hehe
asyik nak bergmbr je tau hehe

GAMBAR DALAM KELAS 3 NEWTON 2010
Kelas ini banyak kenagan aku besama teman-temanku

Asalamualaikum....
Kepada teman-temanku yang membaca tau melihat kenangan kita,aku harap korang semua takan lupakan aku di melaka.I miss You alllZZzz.........

Sunday, 1 May 2011

Cerita Tentang Seorang Sahabat

Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa…..
Kecuali diri sendiri tetapi dalam kita bersendirian, 
kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya..? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami. Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yang hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..
Sebagai kekuatan…..
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan…..Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..Kita tidak tahu.
Tetapi….. jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu…..
RENUNGILAH…
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA…..