Thursday, 30 June 2011

Hai Semua...
Hari ini hari yang paling tidak bernasib baik bagiku,ada sahaja berita tidak baik.Pada mulanya Kakak sepupuku kena langgar dengan motor,agak parah juga le..Pada hari yang sama pulak ayah ku sakit jantung emm aku mulai risau.Aku harap ayah aku tidak ada apa-apa AMIN.I hope anyone who read this blog please pray for my father and sister cousin may heal faster

Wednesday, 29 June 2011

Luahan Hatiku

Asalamualaikum.
Semenjak aku pindah di Melaka,hidupku berubah tidak seperti dulu lagi,diriku menjadi pendiam.Pada mulanya aku sangat genbira dapat pindah balik tempat asalku,tapi sebenarnya tidak..aku pun tak tau kenapa..Kawan-kawan disini jauh perbezaan tidak sama macam kawan-kawanku di Sabah.Kawan di sini agak kurang ajar sikit dari segi pecakapan,suka gurau kasar,tapi di Sabah tak mereka sangat spoting.Pada hari perpisahan aku berasa sangat berat hati ingin pergi meninggalkan sahabat-sahabatku.Baru kini ku tahu kawan adalah segalanya.Aku sangat merindui suasana seperti dulu lagi.Apakah daya ini semua ketentuan ilahi,aku harus menerima dengan hati yang terbuka walaupun aku berasa berat hati.Mana tahu suatu hari nanti aku akan berjumpa lagi dengan mereka kan??emm Walau macam manapun aku harus terus dengan kehidupan aku demi masa depan aku.Okey lah just ini je aku nak luahkan apa yang tersimpan di hatiku..emm TeRbAeK WoK..

Tuesday, 21 June 2011

Rinduku dengan Sahabat-sahabatku

                                                                      Asalamualaikum
Hidupku berasa kosong setelah meninggalkan sahabat-sahabatku yang berada di Sabah.Sudah hampir 4 bulan aku berpisah dengan mereka,rasa sunyi pulak bila tidak mendengar suara mereka.Emm boleh dikatakan setiap hari,setiap saat,setiap detik aku mengingati mereka.Setiap kali aku temenung aku berasa sedih kerana mengingati kenangan aku bersama sahabat-sahabatku,semasa gembira,ketawa mahupun semasa sedih.emm kenangan aku besama mereka tak akan aku lupakan begitu sahaja,aku akan simpan di ingatanku sampai bila-bila.Jika aku diberi peluang untuk membuat satu permintaan,aku akan minta untuk putarkan balik masa.Aku harap satu hari nanti aku akan berjumpa balik semua sahabat-sahabatku si sabah..AMiN...oKeylah,sMpai siNi je.Luahan hati aku...

Dalam hidup hanya satu perkara yang aku lakukan iaitu,tErBaEk wOk
asalamualaikum.

Sunday, 19 June 2011

SELAMAT HARI BAPA 2011

Assalamualaikum
Hari ni adalah hari yang istimewa..istimewa buat mereka yang bergelar bapa,abah,papa,abi dan ayah.Pada hari ini,ramai yang meraikan Hari Bapa dengan membawa bapa atau ayah membeli-belah,makan-makan dan sebagainya.Walaubagaimana pun cara sekali kita sambut,yang paling penting kita menghargai bapa kita.Sedar tak sedar bapa atau ayah memang banyak bertungkus-lumus semasa membesarkan kita.Pengorbanan seorang bapa memang tiada tandingannya.

Gambar Dari Google
Di sini juga,saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada semua bapa,ayah,papa,abi dan abah.Saya ada puisi untuk ayah....
Pagi ini suluh mentari menghantar pulang
Jejak sepatuku masih ada debu kota meminggir
Diasak embun desa termanggu di halaman
Seratus langkahku menghampiri anak tangga usang
Rumah papan atap rumbia menyentak perantau
Sepi di beranda…
Kuatur langkahku sebak
Syahdu dan gementar
Ada tangisan di wajah
Menyentuh kenangan di gerbang pintu
Ayah selalu berkisah
Kuakan pintu itu ada nasihat
Masih basah keringat
Memantul warna senja kepulanganmu
Tanpa sungutan
Cepat benar masa berlalu
Waktu ayah menyambutku pulang
Usiamu diterjah putih kelabu
Ada perit getir di wajahmu
Kedut yang membungkus wajahmu
Mengasak kudrat ke telapak kesat tanganmu
Sering dahulu memeluk kami sebelum ke sekolah
Menghantar seribu luka di tumitmu
Dulunya menguak rahsia jalan
Aku menyambut memapah tubuh gementarmu
Kulihat dengan genang air mata
Sejuk dahiku kau kucup penuh restu
Sepohon pokok rendang tua
Ayah duduk memerhatikanku yang sudah dewasa
Membawaku ke sisi dan bercerita lagi kepadaku
Tentang kerinduan yang pernah ada dalam rumah
Tentang kasihan ibu kepada kami
Kata ayah “ibumu selalu sabar
Memahat senyuman pada dedaun padi
Yang menjadi alas kehidupan”
Ayah,
Seperti ibu yang selalu menangis gementar
Memanjat harapan ke hadirat-Nya
Anak-anakmu juga tidak dapat membezakan
Di antara turun hujan dan air matamu
Waktu ayah menghambakan hayat
Menyuah seluruh nafasmu ke bendang
Antara tergesa-gesa dan mengah
Dalam cahaya senja
Ayah,
Anak-anakmu yang sudah dewasa ini
Sesal dan terharu
Bagai kehilangan kuasa lidah
Sekalipun untuk mahu memohon maaf
Atau….
Berbicara tentang cinta dan kasih sayangmu
Yang waktu kecil kami dahulu
Selalu juga gagal …
Gagal kami temui dalam setiap dakapan
Gagal kami hayati dalam setiap bilah rotanmu
Gagal kami dengar dalam setiap doamu
Hanya pelukan yang dapat kami bahasakan
Mengharapkan naluri ayah
bertemu bisik hati kami
Betapa kami….
tidak mampu pun suarakan
saat kami menyusun jari di pangkuan mu
dalam tangisan
Ayah,
Terima kasih kerana airmata mu
Tidak pernah gagal prihatin untuk kami
Terima kasih kerana ingatanmu di hujung rotan
Tidak pernah gagal mengasihani kami
Terima kasih kasih sayangmu yang takjub
Tidak pernah gagal mengingatkan kami dalam hati mu
Terima kasih atas segala susah payah
Tidak pernah gagal memanjatkan doa

Doa ibu membawa ke syurga
Doa ayah jalan ke syurga