Monday, 12 December 2011

Cinta 'FACEBOOK'


Asalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera
semua teman-temanku yang sedang membaca blog aku ini. Cerita yang aku nak sampaikan ialah sebuah pengalaman aku tentang 'Cinta Facebook'

Ianya bermula daripada laman web sosial iaitu 'facebook'. Aku rasa pelik gila,tapi dah cinta nak buat macam mana.

                      Aku bagaikan budak bodoh tahap tinggi waktu mula mengaktifkan akaun 'facebook' mana taknya semua orang aku 'add'. Setiap orang yang aku 'add' ada kawan rapat aku jadi aku 'add' je lah.Satu hari itu,ada seorang gadis tanya aku dalam 'facebook',siapa awak ni? Aku pun cakap lah nama aku.Dia tak kenal aku,akyu kenal dia tapi tak pasti tingatan berapa. Budak sekolah aku juga,tak apa lah.
                     
                    Macam takdir pula! Boleh berjumpa dekat makmal sekolah. Masa itu aku tengah buka 'faebook', aku panggil dia dan cakap aku lah budak yang dia tanya dalam 'facebook' tu. Pergh!!! Buat terkejut beruk la dia. Yela, akukan ramai peminat.huhuhuhu... Masa itu kelas dia punya waktu jadi dia selamba halau aku dan cakap nak tengok bukan-bukan.Tak ke gila?? Harap muka je cantik, otak tak menahan.
                      
                    Dipendekan cerita, Aku dengan dia pun  berkawanlah. Boleh tahan kawan dengan dia, Ehh lupa Nama dia Hannah Sabrina. Sebenarnya dia ada pakwe... sedihlah pula! Memanglah muka cantik gila! Perwatakan dia hebat je. Hebatlah! Sememangnya hebat wa cakap sama lu.
                     
                      Tiba-tiba takdir berpihak padaku. Cewahh!! Dia berpisah pulak dengan pakwe dia! Aku pun ape lagi, Melombat sakan aku sampai tak ingat dunia hihihi!! Gila cinta lah katakan. Aku dengar pakwe dia main kayu tiga ibarat macam pokok bunga terbelah dua. Tapi tak boleh lawan aku. Bila bercinta dengan aku mesti macam pinang di belah dua kan?? hohohoho..(ketawa jahat kembali lagi).

                       Peluang untuk aku memdekatinya semakin cerah. Dia ajak aku jadi pakwe dia sebab dia kata aku lah yang buat dia gembira disaat dia sedih, Cewahh!!

                       Masa perhimpunan setiap pagi dia pandang aku,senyum dekat aku, bagi isyarat cinta dekat aku. Berdaun-daun hatiku.Satu sekolah cakap aku ni pakwe dia. Aku memang pakwe dia lah! Nasib baik dia tak marah just geram je hihihi... Hari hari terbaik semestinya disisi oleh percintaan monyet dua ekor. Monyet ke? Tetapi biasalah..monyet pun pandai bercinta siap boleh jadi 'playboy dan 'playgirl' Nasib baik dia tak macam tu.. Sampai sekarang kami masih 'couple'.

                       Pengajaran yang dselitkan ialah..jangan jadi macam aku bercinta time masih berlajar. Lagi-lagi pelajar sekolah la. Kalau ditinggalkan boleh gembira tak apa juga, memangtabik la. Apapun, jodoh, rezeki, dan maut di tangan Allah. Renunkanlah!!